Belajar Saham

Bursa-Malaysia

Jom belajar saham langkah demi langkah secara santai !

Salam sejahtera kepada bakal-bakal pelabur dan pedagang saham sekalian. Nama

saya Azman, pelabur dan pedagang saham sepenuh masa.  Mesti korang masih

tercari-cari info untuk belajar saham kan? Jangan risau, ini tempat yang korang

cari selama ni. Saya akan terangkan kat sini secara ringkas-ringkasnya. Okey?

Pertama sekali sebelum belajar tentang saham, korang kena la tahu maksud

saham dulu. Okey, apa itu saham? Saham sebenarnya bukti hak milik kita

terhadap sesuatu syarikat yang kita miliki sahamnya. Maksudnya, kalau kita beli

saham Petronas, kita sebenarnya memiliki sebahagian pemilikan di dalam

Petronas sebab kita ada saham Petronas. Nak untung korang kena beli masa

harga saham turun atau murah, lepas tu jual balik masa harga naik atau mahal.

Tu je yang korang perlu tahu tentang  saham setakat ni. Jangan lebih, cukup tu je.

Masalahnya, macam mana nak beli saham? Susah ke?

Saya terangkan langkah demi langkah untuk membeli saham secara ringkas dan

santai. Ikuti langkah-langkah kat bawah ni.

  1. Buka akaun CDS (central depository account).

Nak beli saham wajib ada akaun ni. CDS ni macam akaun simpanan la. Bezanya,

CDS untuk jual beli saham je. Nak buka CDS ni, cukuplah bawa IC dengan

bank statement yang terbaru masa korang nak daftar. Itu je. Nak buka CDS kena

dengan broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Boleh buka dengan broker

macam CIMB, Maybank, Kenanga dan AffinHwang. Macam aku dengan Kenanga

sebab senang je. Cari la broker yang terdekat dengan korang. Boleh semak senarai

broker yang terdekat dengan korang kat sini.

2. Tunggu pengesahan akaun CDS.

Duduk dan relaks je. Akaun korang akan siap dalam masa seminggu. Macam saya

dulu dalam masa tujuh hari je. Bergantung pada broker yang korang pilih. Jangan

risau, kebiasaanya dalam masa seminggu. Diorang akan call korang bila akaun

CDS dah siap.

3. Masukkan duit dalam akaun CDS.

Nak jual beli saham kena ada duit dalam akaun CDS, kalau tak, tak boleh buat

apa geng. Nak masukkan nanti call la broker korang. Diorang uruskan semuanya.

Tanya je. Aku dulu pun kerja tanya je. Selalunya bank-in atau transfer je kat

dalam nombor akaun yang dia orang bagi tu. Lepas bank-in dah disahkan, magik

akan berlaku, akaun CDS korang dah ada baki ikut la yang korang masukkan

berapa. Selalunya takda caj untuk deposit.

4. Sediakan laptop dan internet yang laju.

Korang ada laptop dengan internet yang laju macam cahaya tak? Kalau takda beli

la. Invest dulu kat laptop dengan internet. Beli la TM Streamyx ke, baru berapa.

Tapi sekarang ni da boleh trading (jual beli saham) kat smartphone je. Tapi cuma

terbatas sikit la berbanding dengan laptop atau PC. Nak lagi best pakai laptop

atau PC. Screen pun besar, senang nak buat kajian.

5. Belajar cara nak guna platform trading .

Yang ni tak susah pun. Tanya broker macam mana nak guna atau baca panduan

kat website broker je. Secara umumnya, nak beli saham ikut platform trading ni,

just key-in je saham syarikat atau kaunter apa yang korang nak beli, lepas tu

masukkan berapa unit yang korang nak. Contoh saham XYZ berharga RM1.00

seunit dan korang nak beli 1000 unit, jadi pilih saham XYZ pada harga RM1.00

dan masukkan 1000 unit, tekan BUY. Semua harga akan dikira automatik. Ikut la

bajet korang ye. Nak SELL pun prosesnya sama je.

6. Belajar ilmu saham.

Part yang ni adalah part yang paling penting, korang tak boleh untung dan

berjaya kalau takda ilmu, serius tak bohong. Korang perlu ada strategi

pelaburan yang mantap. Beli buku-buku saham, beli ebook saham. Tapi

kebanyakkannya bahasa inggeris. Kalau korang serius nak labur duit kat ilmu

dan saham, saya cadangkan beli ebook ni . Kalau tak sanggup nak keluar duit

untuk ilmu, lupakan je nak dapat untung berlipat kali ganda. Takpa, kalau tak nak

labur kat ilmu, korang masih boleh kerja makan gaji dan tunggu pencen je kan?

7. Sedia untuk untung.

Yang ni part paling best. Dapat untung. Korang boleh untung berkali-kali ganda

dari modal awal korang. Korang boleh beli hari ini dan jual esok saham tersebut.

Atau beli hari ni lepas tu jual dalam masa dua hingga sembilan bulan akan

datang. Terpulang la dan ikut strategi masing-masing. Aku pernah untung 7%

dalam masa dua hari. Kalah ASB. Tu tak termasuk caj-caj broker la.

8. Belajar, belajar dan belajar.

Jangan berhenti belajar geng, nanti merana. Pengalaman akan membuatkan

korang lebih matang dan berpengatahuan. Belajar la dari kesilapan. Nak power

lagi cari la mentor dan ebook. Beli ebook yang saya cadangkan tadi sebagai

langkah awal, lepas tu ikut semua langkah yang dia ajarkan.

Kesimpulannya, saham ni memang sesuatu yang mudah untuk belajar dan

mempuyai potensi yang sangat besar untuk untung berlipat kali ganda dari modal

awal. Belajar la ilmu saham untuk dapat untung yang berlipat kali ganda. Ramai

jutawan saham yang tak berhenti belajar tentang saham seperti Warren Buffett,

idola saya. Akhir kata, ceburi la bidang saham ni, memandangkan terlalu sedikit

orang melayu yang ceburi bidang ni. Modal nak mula serendah RM2000 pun

takpa. Saya tak cadangkan korang pinjam duit dari bank atau kawan untuk jual

beli saham dan saya tak cadang mula dengan modal besar, belajar dari modal

kecil, kalau yang kecil pun tak boleh handle, berangan nak handle modal yang

besar? Kepada yang belum menceburi bidang saham, ingat satu perkara iaitu

“yang miskin makin miskin, yang kaya makin kaya, hanya kerana ilmu”.

Fikir-fikirkan lah.

p/s: Sila share artikel ni kat kawan-kawan korang. Mungkin tak bermanfaat

kepada korang, tapi kat orang lain. Terima kasih 🙂

Advertisements